al -haya

al -haya
hiasan Muslimah

Wednesday 31 August 2011

usah terlupa dan terleka dengan SYAWAL

salam aidil Fitri semua yang beragama Islam..
semoga Aidil Fitri kali ini kita meraikan kemenangan kita yang sebenar2nya kemenangan buat kita setelah sebulan bersama ramadhan dalam mentarbiyahkan hawa nafsu..

kisah kasih sayang Rasulullah di pagi raya..
 pada suatu pagi,ketika baginda dalam perjalanan ke masjid, tiba-tiba baginda melihat seorang kanak-kanak dengan pakaian compang-camping menangis ditepi jalan. Disekelilingnya kelihatan kanak-kanak lain bergembira dengan berpakaian cantik..

rasulullah menghampiri kanak-kanak itu lalu bertanya,
"Wahai anak!, Mengapa kamu berkeadaan begini?? Apakah kamu tidak gembira seperti kanak-kanak lain di hari raya ini??"
lalu kanak-kanak itu pun menjawab;
"Wahai Rasulullah!, saya tidak dapat berbuat demikian kerana  saya terlalu sedih. Bapa saya sudah meninggal, dan ibu saya sudah berkahwin dengan orang lain. Semua harta sepeningalan bapa saya telah dihabiskan oleh bapa tiri saya"

mendengarkan cerita itu,Rasulullah s.a.w begitu hiba dan menitiskan air mata. lantas beliau segera memegang tangan kanak-kanak iyu dan berkata, "mahukah kamu kalau saya menjadi ayah, dan aisyah itu menjadi ibumu"?

kanak-kanak itu menjawab "tidak dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya dengan kata-katamu itu ya Rasulullah". mendengarkan jawapan itu, rasulullah pun membawa kanak-kanak itu pulang kerumah, dimandikan dan ditukarkan pakaian cantik dan bersih.

Begitulah kisah kasih sayang Rasulullah sesama Manusia, Mari kita renungkan kembali..saat kita bergembira..macamana mereka yang tak berupaya?/ misalnya saudara kita dipalestin sana..agaknya bagaimana bagaimana sambutan syawal mereka berbanding dengan suasana sywal di tempat kita..
penuh dengan gelak ketawa, riang ria..
Jangan dilupakan pada mereka yg tak upaya, warga emas di rumah kebajikan, anak2 yatim dan golongan fakir miskin..
Bersederhanalah ketika dihhari raya,jangan dilupakan mereka yang berupaya, dan paling penting bersyukur dengan nikmat yang diberikan ALLAH, usah menyusahkan ibu bapa semata- mahukan yang terindah tika hari raya..
Makna Hari raya masyarakat kini berbeza dengan zaman Rasulullah..
waallahu'alam

Friday 5 August 2011

meletop letop..

assalamualaikum..
marhaban ya Ramadhan..
kedatangannya di rai...
perginya dirindui..
syawal menganti..
memeriahkan sinaran islami..

meletop letop..bunyi mercun memeriahkan suasana malam..
perkara biasa bagi komuniti masyarakat  kini..
awal ramadhan..sana sini mercun sudah berletupan..memeriahkan suasana..membingitkan telinga..
tanda kegembiraan meraikan kedatangan ramadhan seterusnya syawal yg bakal menjelang tiba..

namun apalah gunanya bunyi mercun yg meriah itu andai jiwa tak meriah..malah hati juga turut parah..
sesekali riak datang mencuri masuk ke pelosok hati.. terasa bangga melihat mercun yg berwarna warni di ruang udara malam...berdentuman mengisi kesunyian malam..


Sungguh perkara yg SIA_SIA..
tak terlintas kah dihati mereka...
 bunyi yg meriah itu juga mengundang amarah kepada orang lain..
kerna ada baby yang sedang lena diulit mimpi terjaga..
jemaah yg sedang bertarawih juga solat dengan tidak selesa..
malah pembaziran berlaku dengan perkara yang sia-sia..

alangkah baiknya andai duit yang dibelikan mercun itu disalurkan kepada amal jariah..
sedekah, saham utama yang akan terus mengalir membawa pahala pabila kita tinggal di liang lahad..
kematiaan tak kan datang tanpa surat jemputan yang indah..
tapi secara tiba-tiba yang tak diketahui masanya..
bersedia kah kita untuk kembali kepadanya??
kembali kepada pencipta..
kembali kepada asal usul kita (tanah)...
waallahu'alam