al -haya

al -haya
hiasan Muslimah

Monday 26 November 2018

NIQAB CANTIK BY DINSYIRAHQUEENN

ASSALAMAULAIKUM..
hai semua,, lama tak menulis di Blog ni. kali ni aima nak kongsikan Pengalaman Aima mula memakai niqab. ..
Alhamdulillah, Aima mula memakai niqab tahun 2013, iaitu selepas lahirnya anak sulung Aima..hihi..
kekuatan dr ALLAH, dan sokongan padu dari suami tersayang.
Aima nak share satu-satunya niqab yang sy pakai dari dulu hingga kini..
niqab by D'insyirahqueenn.
satau-satuya niqab cantik yang Aima suka..
sebab apa, niqab by Dinsyirahqueenn ni best. material dia, MasyaALLAH.. BEST SANGAT.
RINGAN, TAK JARANG DAN PALING BESTT, IRONLESS...

selain tu, niqab DQ ni juga ada corak menarik, tak lah sampai Tabaruj, masih lagi patuh syariah..
kalau uolls tak persaya, cuba lihat dalam website diorang.. di www.dinsyirah.com..
memang banyak design menarik.
antara design yang Aima suka ialah Niqab Butterfly..
MasyaALLAH, niqab ni cantik sangat. sebab boleh pakai berbagai gaya. nak tutup dahi pun boleh.
flexible berbagai gaya.




kalau nak tahu lebih detaill lagi cara pakai niqab ni boleh lihat di Youtube Channel diorang.


bestkan. senang je nak pakai niqab ni sebenarnya..hihi..

Tuesday 27 May 2014

Tetap Rindu!

wajah..
walau manis senyum dibibirmu..
walau manis bicaramu..
namun hati tetap rindu..
padanya yg kini jauh..

berpisahnya kita..
dari dua dunia yg berbeza..
meski ku tahu..
kau menantiku disana..

Nur Insyirah..
masih jelas terbayang dimata..
rindu padamu tetap ada..
Semoga menjadi bidadari syurga

Saturday 24 May 2014

Suami dan anak-anak adalah pinjaman dr Allah...
Alhamdulilah dikurniakan pendamping yg penyayang ..

Anak-anak..
Cahaya mata..
Sgt bermakna buat ibu bapa..
Semoga Muhammad Danial bin Hariz menjadi anak yg soleh..

Semoga Allah kekalkn kasih syg kita hingga syurga

Monday 19 May 2014

Rindu itu anugerah..
meskipun masih segar terbayang di mata..
hati kadang berbolak balik dgn sejuta rasa...
takdir Allah jua lah menentukan segala...
Ummi Redha..
perpisahan kita hanya sementara..
semoga kita bertemu kembali di sana..
Insyaallah..

Wednesday 14 May 2014

Allah meletakkan sifat 'sabar' itu umpama separuh drpd iman..
Kerna Allah tahu, tidak mudah utk hamba2nYa ini untuk bersabar..
Malah, Allah juga bersama dgn org2 yg bersabar..
nikmatilah erti sabar yang sebenar-benarnya..

insyaallah..

sudah lama jari jemari ini tidak melapangkan waktu untuk ruangan ini..
semakin berhabuk, meskipun tidak Nampak sesawangnya,,


meniti kehidupan seorang pelajar, seorang isteri, dan juga seorang ibu..
sudah cukup memenuhi ruang masa yang sengkang..
Alhamdulillah atas kurniaan ilahi..

insyirah idaman qalbu..
nama itu, amat disukai semenjak diri ini anak dara  lagi..
dan dari dulu lagi, andai diri ini dikurniakan seorang puteri..
nama ini jadi pilihan..
dan..
kini sudahpun menjadi kenyataan..
meskipun hambar, tak seindah yg di impikan..

Nur Insyirah
zuriat kedua..
hanya 7 bulan sempat bersama,
lahirmu ke dunia,
hanya jasad tak bernyawa...
suasana hiba..
tapi bersyukur seadanya..
kerna dirimu insan bertuah..
penghuni syurga yg kekal abadi selamanya..

7 mei 2014..
tak mungkin dilupakan..
dalam tenat bergelut mengharungi perjuangan sebagai siswi..
diri di uji dengan pengalaman yg sgt 'rare' sekali..
tapi pengalaman ini sangat mematangkan diri..
belajar sabar yang sebenar sabar..
belajar untuk lebih menghargai,
belajar redha dgn takdir ilahi..
belajar yakin..

hakikatnya,
banyak hikmah yang diperolehi..
di dunia ini..
bila Allah mengatakan, 'Kun Fa Ya Kun'
akan jadi lah ia..
tiada yg mustahil bagi Allah..


untuk puteri sulung ummi..
Nur Insyirah..
diri mu seindah namamu..
cahaya kelapangan yg membuai perasaan ummi..
pergimu dirindui..

semoga kita berjumpa lagi..
di syurga Allah yg kekal abadi..
Insyaallah

Friday 28 October 2011

Cubitan Untuk Qalbu


cubitan untuk qalbu..
sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang...


setelah segalanya diperolehi, tetapi kita masih terasa kurang, sebenarnya kita hanya kekurangan Hati
yang lemah bukannya badan, tetapi Hati..yang kuat pun bukannya badan tetapi juga Hati..
boleh berasa sedih dengan musibah menimpa..tapi jangan pula hilang rasa syukur apabila diri semakin bertuah..


cubitan untuk qalbu..
ujian lambang kasih sayang ALLAH..
juga tarbiyah untuk diri..
agar lebih berhati-hati..


damaikanlah jiwa agar lunak menerima apa jua halangan
bersihkanlah hati agar dapat menerima cabaran dengan tenang..
apa jua yang menjengah hidup kita..
itu hanyalah rentak hidup..


dalam kesulitan ada kemudahan
[al-insyirah]


yakinlah dengan janji Rabbmu..
tiap kesulitan pasti ada kemudahan..
kadang-kadang..
masalah akan berlalu dengan sendirinya..
la tahzan.. ^____________^


Ada 4 golongan manusia..

* dia tahu yang dia tahu
* dia tahu yang dia tak tahu
* dia tak tahu yang dia tak tahu
* dia tak tahu yang dia tahu



sabda rasulullah :

sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lagi besar, tidak juga ketakutan melainkan ALLAH akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu..  
[ al-hakim]

biarlah berlalu.. ^____________________^


kerana pasti nanti akan hilang sendirinya..malah lenyap seiring dengan peredaran masa..



sabda Rasulullah saw :

"sesungguhnya orang yang terpilih antara kamu ialah orang yang mulia akhlaknya.."




hidup ini terlalu singkat untuk membenci..apa lagi untuk merasa sakit hati..sebab..tiada insan didunia yang maksum melainkan Nabi..ikhlaskan hati dalam menerima apa jua situasi dugaan yang menimpa,


"Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi S.A.W: Nasihatilah aku. Dijawab oleh Nabi S.A.W "Usah marah!" Orang itu berulang kali meminta supaya dirinya dinasihati namun tetap Nabi S.A.W mengatakan "Usah marah!" 
[al-Bukhari]


usah kita cepat melatah..apalagi termarah..hihi..
memang kita berhak untuk marah..tapi harus dikawal rasa marah..
sesungguhnya marah itu dari api..api syaitan yang cuba menyelubungi diri..


Al kisah yang di kutip dari pengajian pondok minggu lalu:

kisah Rasulullah saw bersama dengan perempuan tua berbangsa yahudi..
Rasulullah saw selalu menolong perempuan tua tersebut..mengangkatkan barang-barang ketika perempuan tua itu membeli barang-barang di pekan..menjadi kebiasaan Rasulullah saw membantu perempuan tua tersebut..
namun...setiap kali Rasulullah saw menolong perempuan tua tersebut..pasti perempuan itu berpesan

"amat baiknya budi pekertimu duhai pemuda, namun aku ingin berpesan supaya kamu berhati-hati dengan seorang pemuda yang bernama Muhammad" 

sungguhpun perempuan tua tersebut berulang kali berpesan kepada Rasulullah saw, namun Rasulullah saw tetap membantu perempuan tua tersebut..hinggalah suatu hari perempuan tua tersebut jatuh sakit, sehingga menjejaskan penglihatannya..

Rasulullah saw membantu memasakkan untuk perempuan tersebut, menyuapkan makanan , menjaga kebajikannya dan sebagainya..perempuan tua tersebut tetap berpesan:

"sungguh baiknya budi pekertimu orang muda, tapi aku ingin berpesan supaya kamu berhati-hati dengan orang bernama Muhammad"

hingga ke penghujung usia Rasullullah saw, baginda menjaga orang tua tersebut..setelah baginda wafat..
Saidina Abu Bakar mengambil alih peranan rasulullah menjaga perempuan tua tersebut..
sungguhpun mata perempuan tersebut sudah kabur..namun, dia masih boleh merasa bahawa pemuda itu bukannya Rasulullah..
ketika Saidina Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut orang tua tersebut...perempuan tua tersebut pun bertanya..

"Siapa kamu duhai anak Muda??"

Saidina Abu bakar hanya terdiam..
Lalu perempuan tua tersebut menambah..

"kamu bukan pemuda yang selalu menjaga ku..dia seorang yang amat baik dan lemah lembut dalam menjaga ku"

Lalu saidina Abu bakar menjawab:

"dia sudah kembali ke Rahmatullah mak cik"

alangkah sedihnya perempuan tersebut bila mendengar khabar tersebut..lalu perempuan itu bertanya..

"siapa pemuda itu?"

Lalu saidina Abu bakar menjawab:  

" dia Muhammad, Rasulullah "

Mendengar nama "Muhammad", perempuan tua tersebut menangis semahunya lalu mengucapkan dua kalimah Syahadah..






Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH
dan 
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH


betapa hebatnya Rasulullah..walau dikata berkali-kali oleh perempuan tua tersebut..namun tetap sabar malah masih setia menjaga akhlak dan menabur budi..

inikan kita yang baru diuji..
baru mulut tempayan berbisik..
tapi hati mula goyah..
malah ingin mengalah..
ingatan tuk diri..
tiap insani pasti akan teruji..
yang penting kita terus tabah
walau dugaan tak henti-henti..
tapi harus sabar menanti..suatu saat pasti ia akan hilang sendiri..


Allah tidak memberkati hamba-hambanya dengan apa yang tidak terdaya olehnya. ia akan mendapat pahala apa yang diusahakan, dan ia juga mendapat dosa kejahatan yang dilakukan.. [al-baqarah 286]

jadi, konklusinya..tiap dugaan, cabaran, hendaklah dihadapi dengan hati yang tabah,
kerana kita insan terpilih dalam menikmati nikmat ujian..
kerana ALLAH tahu kita MAMPU menghadapinya..

^______________________________^



Saturday 22 October 2011

check it out

assalamualaikum..
apa khabar iman dan hati?? sihat atau masih lagi demam panas..hihi..
enteri hari ini..tinjauan semasa...
mereka yg berkata
 " saya sangat sibuk''
"saya tidak ada masa untuk hal ini"
 mereka adalah insan2 yg tidak arif lagi bijak membahagikan masa..
waalahu'alam..sekadar pendapat dan tinjauan diri di luar sana.. ^___________+

setiap insan ada 24 jam sehari semalam..
let check it out..hihi
berapa jam untuk tidur??
berapa jam untuk kuliah??
berapa jam untuk bersosial at fb..
berapa jam untuk bersenam?
berapa jam berdating dgn rabb

الساعة Ø§Ù„ذهبية= masa itu emas..  peribahasa yg lazim n biasa ^_^


lazimnya, masyarakat kita di momokkan dengan..
*dapatkanlah tidur yg cukup 8-9 jam sehari..
[sedangkan islam mengajar kita untuk bangun di 1/3 malam untuk bangun solat malam]..
*tekunlah belajar..
kuliah seharian, malam pula untuk dating with asingment, berbincang dengan teman-teman akan tugasan dan persatuan.
*belajarlah komunikasi berkomuniti
bersosial, mencuci mata berjalan-jalan, kononnya release tension, ber'fb','tweetr'..tak terkira berapa lama, kerna itulah laman utama bila switch on da komputer..
^______^
*berdating with rabb agak-agak brapa lama??
paling lama 5 hingga 10 minit  untuk satu waktu..
di darab dengan 5 = xsampai sejamm pun... sadis dan sedihnyaa




fenomena masyarakat sekarang..
semakin jauh dgn tuhan..
tapi semakin akrab dgn al insan..
alam maya di agungkan..
hilang kenikmatkan berkasihan kepada tuhan..
manusia tempat mengadu utama..
meminta pandangan dan  mohon perlindungan dan pertolongan..
tapi, sedarkah kita, semakin jauhnya kita pada qjjl..
seolah kita kurang yakin akan zatnya..
sedangkan dialah sebaik2 pemilik, sebaik pelindung dan sebaik-baik wakil..
zaman para sahabat..tiap masalah di utarakan kpda qjjl.. 


al kisah 
saidina ali dan saidatina fatimah..


ketika itu, dirumah saidina ali kehabisan makanan..
saidina ali pergi kesurau dan solat sunat 2 rakaat, 
lalu beliau balik semula dan bertanya kepada isterinya saidina fatimah..
"duhai isteriku, adakah makanan untuk dimakan hari ini"
jawab isterinya "tiada makanan untuk dimakan"..
lalu saidina Ali kembali ke surau dan solat sunat 2 rakaat lagi, dan mohon kepada qjjl.. 
setelah itu, beliau kembali lagi dan bertanya kepada isterinya..jawapan saidatina fatimah masih lagi sama seperti tadi..lalu saidina ali kembali ke surau dan solat lagi 2 rakaat..
dan kembali kerumahnya dan bertanya kepada isterinya..dgn kuasa qjjl, tika itu mesin gandum sedang berputar sendiri, maka adalah makanan untuk dimakan saidina ali dan isterinya..betapa agungnya kuasa qjjl


lupa kah kita akan kisah isteri nabi ibrahim..siti hajar???


       siti hajar, beliau di tinggalkan nabi ibrahim dengan puteranya ismail di lautan padang pasir..bekalan makanan dan minuman hanya cukup untuk beberapa hari,hinggalah suatu saat beliau kehabisan air..beliau menoleh ke kiri dan kanan, berlari-lari anak mencari sesuap makanan dan minuman..hinggalah siti hajar duduk termenung kerana penat dan hampir berputus asa. 
lalu malaikat jibril pun turun dan bertanya: 
'siapakah sebenarnya engkau'??
lalu siti hajar pun menjawab:
 'aku adalah hamba sahaya Ibrahim'
lalu jibril pun bertanya lagi:
 'kepada siapa engkau diamanahkan disini??'
lalu siti hajar menjawab: "hanya kepada qjjl" 
lalu jibril menjawab:
 'jika demikian, engkau telah diamanahkan kepada zat yang maha pemurah lagi maha pengasih,yg akan melindungimu, memenuhi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ibrahim'. 
lalu jibril membawa siti hajar ke suatu tempat dan menghentakkn telapak kakinya sekuat hati di atas tanah lalu terpancutlah air jernih dari tempat tersebut yang tak pernah kering hingga sekarang.. iaitu telaga zam-zam..air yang paling berkualiti malah banyak berakahnya..


subhanallah, begitu indahnya,begitu setia dan patuhnya siti hajar akan suaminya..nabi ibrahim tinggalkn dia dibawah jagaan qjjl.. 


#ya rabb, andai aku bersuami nanti..ingatkan diri ini..bahawa suami itu bukan hak mutlakku, anak- anak juga hanyalah pinjamanmu darimu, untuk menguji tahap keimananku kepadamu#


begitulah 2 al kisah..
zaman para nabi, para sahabat, betapa mereka yakin dengan kekuasaan qjjl...


enteri ni macam dah lari dari tajuk.hihi..sebenarnya saya ingin menyampaikan bahawa sesibuk manapun pun kita..sesedih mana pun dugaan menimpa..sesakit manapun penyakit datang menyerang tiba-tiba..tiap masalah pasti ada penyelesaiannya..kembalilah kepada rabb..pasti akal dikurniakan idea, dikurniakan kesihatan yg luar biasa..malah diberi kekuatan diri yang bitara.,. ^____^
ingatan untuk diri iini juga..
agar lebih bijak membahagikan masa..
tidak kepada ilmu dunia ahaja..
tapi juga untuk bekalan di akhirat sana..
waallhu'alam