al -haya

al -haya
hiasan Muslimah

Friday 28 October 2011

Cubitan Untuk Qalbu


cubitan untuk qalbu..
sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang...


setelah segalanya diperolehi, tetapi kita masih terasa kurang, sebenarnya kita hanya kekurangan Hati
yang lemah bukannya badan, tetapi Hati..yang kuat pun bukannya badan tetapi juga Hati..
boleh berasa sedih dengan musibah menimpa..tapi jangan pula hilang rasa syukur apabila diri semakin bertuah..


cubitan untuk qalbu..
ujian lambang kasih sayang ALLAH..
juga tarbiyah untuk diri..
agar lebih berhati-hati..


damaikanlah jiwa agar lunak menerima apa jua halangan
bersihkanlah hati agar dapat menerima cabaran dengan tenang..
apa jua yang menjengah hidup kita..
itu hanyalah rentak hidup..


dalam kesulitan ada kemudahan
[al-insyirah]


yakinlah dengan janji Rabbmu..
tiap kesulitan pasti ada kemudahan..
kadang-kadang..
masalah akan berlalu dengan sendirinya..
la tahzan.. ^____________^


Ada 4 golongan manusia..

* dia tahu yang dia tahu
* dia tahu yang dia tak tahu
* dia tak tahu yang dia tak tahu
* dia tak tahu yang dia tahu



sabda rasulullah :

sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lagi besar, tidak juga ketakutan melainkan ALLAH akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu..  
[ al-hakim]

biarlah berlalu.. ^____________________^


kerana pasti nanti akan hilang sendirinya..malah lenyap seiring dengan peredaran masa..



sabda Rasulullah saw :

"sesungguhnya orang yang terpilih antara kamu ialah orang yang mulia akhlaknya.."




hidup ini terlalu singkat untuk membenci..apa lagi untuk merasa sakit hati..sebab..tiada insan didunia yang maksum melainkan Nabi..ikhlaskan hati dalam menerima apa jua situasi dugaan yang menimpa,


"Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi S.A.W: Nasihatilah aku. Dijawab oleh Nabi S.A.W "Usah marah!" Orang itu berulang kali meminta supaya dirinya dinasihati namun tetap Nabi S.A.W mengatakan "Usah marah!" 
[al-Bukhari]


usah kita cepat melatah..apalagi termarah..hihi..
memang kita berhak untuk marah..tapi harus dikawal rasa marah..
sesungguhnya marah itu dari api..api syaitan yang cuba menyelubungi diri..


Al kisah yang di kutip dari pengajian pondok minggu lalu:

kisah Rasulullah saw bersama dengan perempuan tua berbangsa yahudi..
Rasulullah saw selalu menolong perempuan tua tersebut..mengangkatkan barang-barang ketika perempuan tua itu membeli barang-barang di pekan..menjadi kebiasaan Rasulullah saw membantu perempuan tua tersebut..
namun...setiap kali Rasulullah saw menolong perempuan tua tersebut..pasti perempuan itu berpesan

"amat baiknya budi pekertimu duhai pemuda, namun aku ingin berpesan supaya kamu berhati-hati dengan seorang pemuda yang bernama Muhammad" 

sungguhpun perempuan tua tersebut berulang kali berpesan kepada Rasulullah saw, namun Rasulullah saw tetap membantu perempuan tua tersebut..hinggalah suatu hari perempuan tua tersebut jatuh sakit, sehingga menjejaskan penglihatannya..

Rasulullah saw membantu memasakkan untuk perempuan tersebut, menyuapkan makanan , menjaga kebajikannya dan sebagainya..perempuan tua tersebut tetap berpesan:

"sungguh baiknya budi pekertimu orang muda, tapi aku ingin berpesan supaya kamu berhati-hati dengan orang bernama Muhammad"

hingga ke penghujung usia Rasullullah saw, baginda menjaga orang tua tersebut..setelah baginda wafat..
Saidina Abu Bakar mengambil alih peranan rasulullah menjaga perempuan tua tersebut..
sungguhpun mata perempuan tersebut sudah kabur..namun, dia masih boleh merasa bahawa pemuda itu bukannya Rasulullah..
ketika Saidina Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut orang tua tersebut...perempuan tua tersebut pun bertanya..

"Siapa kamu duhai anak Muda??"

Saidina Abu bakar hanya terdiam..
Lalu perempuan tua tersebut menambah..

"kamu bukan pemuda yang selalu menjaga ku..dia seorang yang amat baik dan lemah lembut dalam menjaga ku"

Lalu saidina Abu bakar menjawab:

"dia sudah kembali ke Rahmatullah mak cik"

alangkah sedihnya perempuan tersebut bila mendengar khabar tersebut..lalu perempuan itu bertanya..

"siapa pemuda itu?"

Lalu saidina Abu bakar menjawab:  

" dia Muhammad, Rasulullah "

Mendengar nama "Muhammad", perempuan tua tersebut menangis semahunya lalu mengucapkan dua kalimah Syahadah..






Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH
dan 
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH


betapa hebatnya Rasulullah..walau dikata berkali-kali oleh perempuan tua tersebut..namun tetap sabar malah masih setia menjaga akhlak dan menabur budi..

inikan kita yang baru diuji..
baru mulut tempayan berbisik..
tapi hati mula goyah..
malah ingin mengalah..
ingatan tuk diri..
tiap insani pasti akan teruji..
yang penting kita terus tabah
walau dugaan tak henti-henti..
tapi harus sabar menanti..suatu saat pasti ia akan hilang sendiri..


Allah tidak memberkati hamba-hambanya dengan apa yang tidak terdaya olehnya. ia akan mendapat pahala apa yang diusahakan, dan ia juga mendapat dosa kejahatan yang dilakukan.. [al-baqarah 286]

jadi, konklusinya..tiap dugaan, cabaran, hendaklah dihadapi dengan hati yang tabah,
kerana kita insan terpilih dalam menikmati nikmat ujian..
kerana ALLAH tahu kita MAMPU menghadapinya..

^______________________________^



Saturday 22 October 2011

check it out

assalamualaikum..
apa khabar iman dan hati?? sihat atau masih lagi demam panas..hihi..
enteri hari ini..tinjauan semasa...
mereka yg berkata
 " saya sangat sibuk''
"saya tidak ada masa untuk hal ini"
 mereka adalah insan2 yg tidak arif lagi bijak membahagikan masa..
waalahu'alam..sekadar pendapat dan tinjauan diri di luar sana.. ^___________+

setiap insan ada 24 jam sehari semalam..
let check it out..hihi
berapa jam untuk tidur??
berapa jam untuk kuliah??
berapa jam untuk bersosial at fb..
berapa jam untuk bersenam?
berapa jam berdating dgn rabb

الساعة الذهبية= masa itu emas..  peribahasa yg lazim n biasa ^_^


lazimnya, masyarakat kita di momokkan dengan..
*dapatkanlah tidur yg cukup 8-9 jam sehari..
[sedangkan islam mengajar kita untuk bangun di 1/3 malam untuk bangun solat malam]..
*tekunlah belajar..
kuliah seharian, malam pula untuk dating with asingment, berbincang dengan teman-teman akan tugasan dan persatuan.
*belajarlah komunikasi berkomuniti
bersosial, mencuci mata berjalan-jalan, kononnya release tension, ber'fb','tweetr'..tak terkira berapa lama, kerna itulah laman utama bila switch on da komputer..
^______^
*berdating with rabb agak-agak brapa lama??
paling lama 5 hingga 10 minit  untuk satu waktu..
di darab dengan 5 = xsampai sejamm pun... sadis dan sedihnyaa




fenomena masyarakat sekarang..
semakin jauh dgn tuhan..
tapi semakin akrab dgn al insan..
alam maya di agungkan..
hilang kenikmatkan berkasihan kepada tuhan..
manusia tempat mengadu utama..
meminta pandangan dan  mohon perlindungan dan pertolongan..
tapi, sedarkah kita, semakin jauhnya kita pada qjjl..
seolah kita kurang yakin akan zatnya..
sedangkan dialah sebaik2 pemilik, sebaik pelindung dan sebaik-baik wakil..
zaman para sahabat..tiap masalah di utarakan kpda qjjl.. 


al kisah 
saidina ali dan saidatina fatimah..


ketika itu, dirumah saidina ali kehabisan makanan..
saidina ali pergi kesurau dan solat sunat 2 rakaat, 
lalu beliau balik semula dan bertanya kepada isterinya saidina fatimah..
"duhai isteriku, adakah makanan untuk dimakan hari ini"
jawab isterinya "tiada makanan untuk dimakan"..
lalu saidina Ali kembali ke surau dan solat sunat 2 rakaat lagi, dan mohon kepada qjjl.. 
setelah itu, beliau kembali lagi dan bertanya kepada isterinya..jawapan saidatina fatimah masih lagi sama seperti tadi..lalu saidina ali kembali ke surau dan solat lagi 2 rakaat..
dan kembali kerumahnya dan bertanya kepada isterinya..dgn kuasa qjjl, tika itu mesin gandum sedang berputar sendiri, maka adalah makanan untuk dimakan saidina ali dan isterinya..betapa agungnya kuasa qjjl


lupa kah kita akan kisah isteri nabi ibrahim..siti hajar???


       siti hajar, beliau di tinggalkan nabi ibrahim dengan puteranya ismail di lautan padang pasir..bekalan makanan dan minuman hanya cukup untuk beberapa hari,hinggalah suatu saat beliau kehabisan air..beliau menoleh ke kiri dan kanan, berlari-lari anak mencari sesuap makanan dan minuman..hinggalah siti hajar duduk termenung kerana penat dan hampir berputus asa. 
lalu malaikat jibril pun turun dan bertanya: 
'siapakah sebenarnya engkau'??
lalu siti hajar pun menjawab:
 'aku adalah hamba sahaya Ibrahim'
lalu jibril pun bertanya lagi:
 'kepada siapa engkau diamanahkan disini??'
lalu siti hajar menjawab: "hanya kepada qjjl" 
lalu jibril menjawab:
 'jika demikian, engkau telah diamanahkan kepada zat yang maha pemurah lagi maha pengasih,yg akan melindungimu, memenuhi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ibrahim'. 
lalu jibril membawa siti hajar ke suatu tempat dan menghentakkn telapak kakinya sekuat hati di atas tanah lalu terpancutlah air jernih dari tempat tersebut yang tak pernah kering hingga sekarang.. iaitu telaga zam-zam..air yang paling berkualiti malah banyak berakahnya..


subhanallah, begitu indahnya,begitu setia dan patuhnya siti hajar akan suaminya..nabi ibrahim tinggalkn dia dibawah jagaan qjjl.. 


#ya rabb, andai aku bersuami nanti..ingatkan diri ini..bahawa suami itu bukan hak mutlakku, anak- anak juga hanyalah pinjamanmu darimu, untuk menguji tahap keimananku kepadamu#


begitulah 2 al kisah..
zaman para nabi, para sahabat, betapa mereka yakin dengan kekuasaan qjjl...


enteri ni macam dah lari dari tajuk.hihi..sebenarnya saya ingin menyampaikan bahawa sesibuk manapun pun kita..sesedih mana pun dugaan menimpa..sesakit manapun penyakit datang menyerang tiba-tiba..tiap masalah pasti ada penyelesaiannya..kembalilah kepada rabb..pasti akal dikurniakan idea, dikurniakan kesihatan yg luar biasa..malah diberi kekuatan diri yang bitara.,. ^____^
ingatan untuk diri iini juga..
agar lebih bijak membahagikan masa..
tidak kepada ilmu dunia ahaja..
tapi juga untuk bekalan di akhirat sana..
waallhu'alam

Sunday 16 October 2011

merangkul rabb

Assalamaualikum ...
 apa khabar semuanya warga pembaca sedunia..hihi..sihat kah diri?? macamna dgn suhu iman dalam diri, semakin panas ke semakin dingin?? hihi..




Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hambaKu tentang Aku, dan Aku bersamanya ketika dia menyebut Aku. Bila dia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam DiriKu. Bila dia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila dia mendekat kepadaKu satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila dia mendekat kepadaKu satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila dia datang kepadaKu berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari. (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ibnu Hanbal)




dalam meniti kehidupan, berkuliah, berpersatuan, berkokurikulum, berdating with asgnmnt,..maafkan aku ya rabb andai terleka walau sesaat dari mengingatimu..dari mentaatimu, menunaikan perintahmu di awal waktu..huhu..
betapa dekatnya diri mu.. sentiasa ada disisi ku, dlm diriku..setia menenamaniku..


dekatilah qjjl tika senang mahupun susah, tika happy mahupun sad, tika gembira mahupun dukacita.. dialah sebaik2 pemilik, sebaik-baik wakil dan sebaik-baik pelindung..darinya kita datang, dan kepadanya jualah kita kembali..


ya rabb, andai aku terlalu leka dengan dunia berikan aku kekuatan meletakkn dunia di kakiku
andai ku terlalu mengagungkan cinta manusia, kurniakan aku sinaran cintamu yang tulus dan tak pernah pudar untukku..
andaiku lemah dalam mengahrungi godaan syaitan durjana,..lindungilah aku dengan zatmu..




Orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Dimanakah Allah? Di bumi atau di langit?” Rasulullah s.a.w menjawab, Allah Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya semua petala langitKu dan bumiKu menjadi sempit untuk merangkulKu, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul oleh qalbu hambaKu yang mukmin”. (H.R. Ahmad)



qjjl di qalbu orang mukmin..


ya rabb jadikan aku mukminah..
wanita solehah..
wanita yang penuh malu kepadamu
penuh cinta dalam meraih kasihmu..
penuh adap dalam berhadapanmu..
 ikhlas dalam mentaatimu..
meyakinimu tanpa ragu akan kekuasaanmu..


Allah telah berfirman: Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hambaKu pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya. (H.R. Qudha’i, Dailami, Hakim, Tirmidzi)


ya rabb..tarbiyahkan hati ini..
tiap imtihan..tarbiyah darimu..
kerna itulah lambang kasih sayangmu..
kurniakan ku dengan imtihann..
andai itu semakin mendekatiku denganmu..
semakin menyuburkan kecintaanku padamu..


Berfirman Allah Ta’ala: Apabila Aku menimpakan bala ke atas hambaKu yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahananKu (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya). (H.R. Hakim)





Thursday 13 October 2011

fleksibelkan rentak diri

ASSALAMUALAIKUM>>>


kembali mengisi ruang  blog yg telah bersawang nihh..@__________@,
kekangan waktu,dan kelemahan diri ini yg mungkin tidak pandai membahagikan masa dengan sebaiknya..
waalllahu'alam..apalah yg perlu kujawab dihadapan rabb nati, andai dia mengutarakan nikmat masa dan umur yag dikurniakan kepadaku..
kemana aku manfaatkan..ukhrawi atau duniawi..masyaallahh.. :(


ampunkan dosa ku, andai masa yang ada terisi dengan sia-sia...


Lazimnya, manusia akan lebih dekat dengan rabbnya pabila ujian dtg mengetuk diri, atau cubaan tiba2 mencubit hati..ya qjjl, jadikan aku insan yang sentiasa memerlukanmu tika senang mahupun susah..tika gembira mahupun sedih..




Siapakah orang yang manis senyumannya? 

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu mengucap, "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." dan juga mengucap, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman... :)

Tetaplah tersenyum Sahabat... karena senyum itu pun salah satu sunnah Nabi (sallAllâhu 'alaihi wa salam



kegagalan adalah kejayaan yg ditangguhkan..begitu juga kesedihan,ialah  kegembiraan yang ditangguhkan...waallahu'alam..
dunia penjara bagi orang mukmin, tapi syurga bagi orang kafir..tapi pabila sampai masanya, kita semua dihisab..orang mukmin dikurniakan ganjaran syurga, manakala org kafir sebaliknya..inilah yang dianamakan kegembiraan yg ditangguhkan..biar susah manapun di dunia..diuji dgn pelbagai ujiann..berperang dgn keinginan hawa nafsu...





qjjl memberi apa yang kita perlu,bukan apa yg kita mahu..


fleksibelkan rentak diri..dikurniakan dgn pelbagai ragam insan..qjjl mengajar kita tuk belajar dalam berkomuniti..hihi..
enteri yang ntah apa-apa..huhu