erm..hari ni..tanggal 26 june..birthday my dear erlisa ennie ..
teman sejak dari tingkatan 6 yg lalu...
hari ini..aku menanti sahabat2 yg lain...
keseorangan..
hujan yg turun melambatkn lagi kesampaian sahbatku yg lainn..
menyendiri disatu sudut..
memerhatikan gelagat insan yg lalu lalang..
penuh ragam dan gaya..
membawa ku menerawang ke alam maya..
sesekali..
terlihat pelajar sekolah bertudung..
berpimpin tgn...
berpeluk mesra..
gelak ketawa..
penuh keceriaan dan kegembirann..
hatiku terkedu,,.
teringat amanah yg bakal di pikul dipundak ku..
sebagai insan yg bakal memanusiakan manusia..
pelbagai persoalan timbul dibenakku..
apakah aku mampu memikulnya..
apakah aku mampu mendidik insan..
menjadi manusia yg sebenarnya manusia...
tahu akan asal usul kejadiannya..
dan paling pentingg..
tahu akan matlamat sebenar tuk hidup di dunia..
mutakhir ini..
amalan Hedonisme semakin mendampingi setiap masyarakat..
khasnya para remaja..
yg semakin meningkat dewasa..
menuju ke alam kedewasaan..
sering memandang indah dan terpedaya dgn keindahan dunia yg fana..
kawan adalah segalanya berbanding ibu bapa..
artis glamour menjadi ikon utama...
tiap kenakalan, kejahilan di lakukan dgn rasa bangga..
malah tidak segan silu mempamerkannya dimana-mana..
arghhhhh...
itulah dia kejahilan yg nyata..
syaitan pasti bersuka ria..
kerna bertambah tempahan tikett ke neraka ..
semakin ramai laa juga bakal teman-temanya dsana..
tapi..dengan lafaz..
dengan nama qjj1 yg maha pemurah lagi maha pengasih..
ALLAH sentiasa membuka pintu taubat untk hambanya..
sentiasa mahu mengampunkan hambanya yg berdosa..
qjj1 membuka pintu taubat pada malam hari bagi hmabanya berbuat dosa ketika siang..
dan qjj1 juga membuka pintu taubat ketika siang hari bagi yg melakukan dosa di malam hari..
sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka utk hamba2nya..
sungguh indah kasih sayang qjj1 kpada manusia..
malahh..para malaikat, ketika diberitahu oleh qjj1 akan kehendaknya utk mencipta makhluk lain (iaitu penciptaan nabi adam)telah berkata..
"wahai tuhan kami, Mengapa engkau menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,beribadah dan mengagungkan namamu tanpa henti,sedangkan makhluk lain yg engkau ciptakan dan turun ke bumi itu, nescaya akan bertengkar sesama sendiri, akan saling bunuh membunuh, berebut menguasai kekayaan alam yg terlihat diatasnya dan terpendam didalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yg engkau ciptakan itu"
lalu qjj1 berfirman:
"sesungguhnya aku mengetahui apa yg kamu tidak ketahui dan aku sendiri menyedari hikmah penguasaan Bani Adam atas bumi-ku. Bila aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu dihadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerna qjj1 melarang hamba-nya beribadah ketika sesama makhluknya"
setelah penciptaan Adam sujudlah semua para malaikat sebagai sujud penghormatan kepada Adam kecuali IBLIS yg enggan..
AL Hijir 32-35
"qjj1 bertanya: wahai Iblis!! Mengapa engkau tidak turut bersama mereka yg bersujud??
iblis menjawab:"aku tidak mahu sujud kepada manusia yg engkau jadikan dia dari tanah kering , dari tanah hitam yang busuk baunya...
qjj1 berfirman: keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau terkutuk. dan sesungguhnya laknat sehingga hari pembalasan."
begitulah sekelumit dari kisah pertentangan di langit ..
sejarah manusia iaitu keturunan Bani Adam..
andainya kita mengetahui..
andailah kita memahami..
betapa mulianya manusia di sisi qjj1
dikurniakan akal yg sejengkal untuk menghuni bumi yang tak terkira kapasitinya..
pasti bumi kurniaan qjj1 ni aman sentosa..
seakan hidup disyurga dunia..
namun malangnya..
iblis semakin berjaya menjajah bumi manusia ini..
lihat saja penghuninya kini..
semakin berdampingan dgn iblis..
ajaran iblis menjadi ikutan utama..
indah di pandangan mata..
malah dipandang mulia..
sungguh kita mudah lupa..
bahawa Iblis musuh yg utama..
sekadar renungan bersama..
ingatan utk diri ini juga..
yang tak terlepas dari cengakamn dosa..
tak kenal maka tak benci..huhu.. |