al -haya

al -haya
hiasan Muslimah

Wednesday, 31 August 2011

usah terlupa dan terleka dengan SYAWAL

salam aidil Fitri semua yang beragama Islam..
semoga Aidil Fitri kali ini kita meraikan kemenangan kita yang sebenar2nya kemenangan buat kita setelah sebulan bersama ramadhan dalam mentarbiyahkan hawa nafsu..

kisah kasih sayang Rasulullah di pagi raya..
 pada suatu pagi,ketika baginda dalam perjalanan ke masjid, tiba-tiba baginda melihat seorang kanak-kanak dengan pakaian compang-camping menangis ditepi jalan. Disekelilingnya kelihatan kanak-kanak lain bergembira dengan berpakaian cantik..

rasulullah menghampiri kanak-kanak itu lalu bertanya,
"Wahai anak!, Mengapa kamu berkeadaan begini?? Apakah kamu tidak gembira seperti kanak-kanak lain di hari raya ini??"
lalu kanak-kanak itu pun menjawab;
"Wahai Rasulullah!, saya tidak dapat berbuat demikian kerana  saya terlalu sedih. Bapa saya sudah meninggal, dan ibu saya sudah berkahwin dengan orang lain. Semua harta sepeningalan bapa saya telah dihabiskan oleh bapa tiri saya"

mendengarkan cerita itu,Rasulullah s.a.w begitu hiba dan menitiskan air mata. lantas beliau segera memegang tangan kanak-kanak iyu dan berkata, "mahukah kamu kalau saya menjadi ayah, dan aisyah itu menjadi ibumu"?

kanak-kanak itu menjawab "tidak dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya dengan kata-katamu itu ya Rasulullah". mendengarkan jawapan itu, rasulullah pun membawa kanak-kanak itu pulang kerumah, dimandikan dan ditukarkan pakaian cantik dan bersih.

Begitulah kisah kasih sayang Rasulullah sesama Manusia, Mari kita renungkan kembali..saat kita bergembira..macamana mereka yang tak berupaya?/ misalnya saudara kita dipalestin sana..agaknya bagaimana bagaimana sambutan syawal mereka berbanding dengan suasana sywal di tempat kita..
penuh dengan gelak ketawa, riang ria..
Jangan dilupakan pada mereka yg tak upaya, warga emas di rumah kebajikan, anak2 yatim dan golongan fakir miskin..
Bersederhanalah ketika dihhari raya,jangan dilupakan mereka yang berupaya, dan paling penting bersyukur dengan nikmat yang diberikan ALLAH, usah menyusahkan ibu bapa semata- mahukan yang terindah tika hari raya..
Makna Hari raya masyarakat kini berbeza dengan zaman Rasulullah..
waallahu'alam

Friday, 5 August 2011

meletop letop..

assalamualaikum..
marhaban ya Ramadhan..
kedatangannya di rai...
perginya dirindui..
syawal menganti..
memeriahkan sinaran islami..

meletop letop..bunyi mercun memeriahkan suasana malam..
perkara biasa bagi komuniti masyarakat  kini..
awal ramadhan..sana sini mercun sudah berletupan..memeriahkan suasana..membingitkan telinga..
tanda kegembiraan meraikan kedatangan ramadhan seterusnya syawal yg bakal menjelang tiba..

namun apalah gunanya bunyi mercun yg meriah itu andai jiwa tak meriah..malah hati juga turut parah..
sesekali riak datang mencuri masuk ke pelosok hati.. terasa bangga melihat mercun yg berwarna warni di ruang udara malam...berdentuman mengisi kesunyian malam..


Sungguh perkara yg SIA_SIA..
tak terlintas kah dihati mereka...
 bunyi yg meriah itu juga mengundang amarah kepada orang lain..
kerna ada baby yang sedang lena diulit mimpi terjaga..
jemaah yg sedang bertarawih juga solat dengan tidak selesa..
malah pembaziran berlaku dengan perkara yang sia-sia..

alangkah baiknya andai duit yang dibelikan mercun itu disalurkan kepada amal jariah..
sedekah, saham utama yang akan terus mengalir membawa pahala pabila kita tinggal di liang lahad..
kematiaan tak kan datang tanpa surat jemputan yang indah..
tapi secara tiba-tiba yang tak diketahui masanya..
bersedia kah kita untuk kembali kepadanya??
kembali kepada pencipta..
kembali kepada asal usul kita (tanah)...
waallahu'alam

Tuesday, 19 July 2011

'sanah helwah'.. Umur nikmat dr qjjI

'sanah helwahh'..hihi..ucapan dari teman2..keluarga dan juga sanak saudara..terima kasihh semuanya..


semoga dgn peningkatan usia ini semakin mendekatkanku kpda tuhan.
bertambahnya umur..maka semakin sedikit laa sisa masa di dunia sebelum bertemu dgn kekasih agung  rabbul izati..
yaa..meningkatnya usia kita..
semakin menipisnya kudrat yg ada..
semakin di mamah usia..
semakin menghilang tenaga remaja..
yang pasti..semakin meningkatnya usia..semakin banyaklah juga dugaan yg akan dtg menimpa..
kehidupan ini memang panjang dan tak diketahui kesudahannya..
tak mampu untuk diramal..namun masih boleh dirancang..apa punn..rancanglah yg terbaik..kerna qjjI sentiasa mengikuti sangkaan hamba-hambanya. husnuzon kpda qjji..yakinlah..kasih sayang qjji yg amat luas dan tak terhitung.. untuk kita semua..

usah mengeluh dgn cubaan dunia..kerana DUNIA MeManG TeMPAT UNTUK BERSUSAH PAYAH..Lantaran SYURGA yg  terlalu indah..maharnya sudah tentu amat tinggi sekali..

biarpun apa yg terjadi..qjjI tetap dihati..
hadirnya insan mengetuk hati..
biarlah qjjI lebih terutama di hati..

ingatan untuk diiri..
bersyukur kpda ilahi..atas kurniaan umur..
alhamdulillah..
masih lagi boleh menyedut udara yg percuma..
malah masih boleh mengunakan nikmatnya dgn selesa dan sempurna..

usah mengeluh andai kita tak punya kasut..kerna ada mereka yg tidak mempunyai kaki..sentiasa bersyukur dgn nikmat ilahi..segalanya nikmat, hanya pinjaman qjjI utk kita.. 

akhir kata..
ingatlah duhai diri..
usah terleka dgn keindahan dunia..
usah tergoda dgn manisnya cinta dan suasana ceria dunia..
kerna..
seiring dgn peningkatan usia..kubur mungkin sedang bersedia..menanti malaikat maut yg dtg takkan lamabat walau sekelip mata...membawa Ruh..meninggalkan jasad pinjaman dari qjji utk kita buat sementara..
waallhu;alam

Friday, 15 July 2011

awas MUSLIMAH pengemar facebook

assalamualaikum..
era ini..laman sosial facebook,tweet,my spce, n berbagai lagi..sudah pasti menjadi pilihan hati muda-mudi ..
namunn sedar kah kita..disebailk manfaat dalam jaringan komunikasi.., tersimpan impak buruk khasnya untuk para muslimah,dan tidak lupa juga bagi kaum adam..
sekadar perkongsiann..
 


satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama

fikir-fikirkan bersama

jika satu hari nanti kita mati,

akaun facebook ini hanya kita yang tahu password

hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..

apa yang jadi pada akaun fb kita?

mungkin ada yang akan ucapkan takziah

mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita

gambar-gambar kita..

akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?

gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna

macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok

dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..

walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..

saham dosa terus meningkat..

macam mana?

pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?

legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?

baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini

kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik

tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..

semua itu tidak akan membawa erti

semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup

di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,

saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti

persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini

amin~

Wednesday, 13 July 2011

apalah maknanya BENCI


Apalah maknany BENCI!!!!
Benci”i hate U”.. bukan ”benci” yg bermakna ‘benar-benar cinta’ bagi masyarakat serumpun d nusantra..

Mengimbau kembali perjalanan hidup ku..
Penuh dugaan dan liku..
Membesar dalam sebuah keluarga yg sederhana..
namun penuh kebahagiaan bagi pandangan manusia dluarnyaaa
Namun..bak kata pepatah inggeris “don’t judge a book by its cover”, 
usah memuja bulan purnama yg cantek menawan kerna sinar sang bulan dari sinaran matahari yg seringkali dlupakan..
begitulah adat manusia..indah dimata..mungkin baik, bahagia, lengkap segalanya..
namun sebaliknya..hanya insan itu sendiri yg tahu akan nilai sebuah kebahagiann
Sedangkan kebahagian itu adanya dalam diri masing..
Iaitu terperesok kedalam hati..
hanya kita yg mampu menyatakan samada kita bahagia @ menderita
Umpama mereka yg makan cili..dia yg terasa pedasnya..
siapa yg memegang nangka,dia yg terkena getahnya..
begitulah juga..bagi berat mata memandang,berat lagi bgi bahu yg memikulnya..
Keperitan hidup..tarbiyah qjj1 untuk mendidik hamba-hambanya..
Terkenang perjalan hidup yg terasa kelam..
Malah hingga saat ini terasa bahangnya..
Masih terasa kesakitannya..
Amarah..dendam..bercampur baur utk disebatikannn..
Kadangkala cemburu juga datang bertandang mengetuk hati yg kusamm
Melihat kebahagian insan disamping orang tersayang
Terus daku hanyut dlm khayalan
Menyesali akan takdir hidup yg ditentukan,..
Namun iman lantas mencantas..
semuanya qada n qadar qjj1...
Yakinlah duhai hati..
Pasti ada hikmah yg tersembunyi..
Namunn sampai bila mampu bertahan???
Saat  diri mula terasa lelahh..letih..malah jemu tuk sebuah kehidupan yg panjang
Hati kecil ini masih terasa membahang..
Namun api kemarahan hembusan dari syaitan..
“orang yg paling gagah antara kamu ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah,
Dan
Orang yang  penyantun ialah orang yang memberi maaf sedangkan ia berkuasa untuk membalasnya”

Qjj1, menyayangi hamba-hambanya yg pemaaf..
Ikhlaskanlah hati utk setiap yang telah dilalui..
Siramilah hati dgn sinar islami..
Agar ia tetap segar mewangi..
Keperitan dirasai..
ada pahala menanti..
buat mereka yg sabar menanti..
nikmat jannah kurniann rabull izati..
jangan bersedih tiap dugaan yg menimpa.. namun berbahagialah kerna disitu lubuk pahala..hanya untuk mereka yang bersabar dgn apa jua dugaan yang maha berkuasa..namun menangislah untuk tiap dosa yang dilakukan..kerna setiap tistisan air mata akan menghapuskan dosa..malah menyucikan titik hitam didalam hati..



Sunday, 26 June 2011

adam sejarah kita.

lama sudah meninggalkn blog ini kesunyiaan dari pengisian..
erm..hari ni..tanggal 26 june..birthday my dear erlisa ennie ..
teman sejak dari tingkatan 6 yg lalu...
hari ini..aku menanti sahabat2 yg lain...
keseorangan..
hujan yg turun melambatkn lagi kesampaian sahbatku yg lainn..
menyendiri disatu sudut..
memerhatikan gelagat insan yg lalu lalang..
penuh ragam dan gaya..
membawa ku menerawang ke alam maya..

sesekali..
terlihat pelajar sekolah bertudung..
berpimpin tgn...
berpeluk mesra..
gelak ketawa..
penuh keceriaan dan kegembirann..
hatiku terkedu,,.
teringat amanah yg bakal di pikul dipundak ku..
sebagai insan yg bakal memanusiakan manusia..
pelbagai persoalan timbul dibenakku..
apakah aku mampu memikulnya..
apakah aku mampu mendidik insan..
menjadi manusia yg sebenarnya manusia...
tahu akan asal usul kejadiannya..
dan paling pentingg..
tahu akan matlamat sebenar tuk hidup di dunia..

mutakhir ini..
amalan Hedonisme semakin mendampingi setiap masyarakat..
khasnya para remaja..
yg semakin meningkat dewasa..
menuju ke alam kedewasaan..
sering memandang indah dan terpedaya dgn keindahan dunia yg fana..
kawan adalah segalanya berbanding ibu bapa..
artis glamour menjadi ikon utama...
tiap kenakalan, kejahilan di lakukan dgn rasa bangga..
malah tidak segan silu mempamerkannya dimana-mana..
arghhhhh...
itulah dia kejahilan yg nyata..
syaitan pasti bersuka ria..
kerna bertambah tempahan tikett ke neraka ..
semakin  ramai laa juga bakal teman-temanya dsana..

tapi..dengan lafaz..
dengan nama qjj1 yg maha pemurah lagi maha pengasih..
ALLAH sentiasa membuka pintu taubat untk hambanya..
sentiasa mahu mengampunkan hambanya yg berdosa..
qjj1 membuka pintu taubat pada malam hari bagi hmabanya berbuat dosa ketika siang..
dan qjj1 juga membuka pintu taubat ketika siang hari bagi yg melakukan dosa di malam hari..
sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka utk hamba2nya..
sungguh indah kasih sayang qjj1 kpada manusia..

malahh..para malaikat, ketika diberitahu oleh qjj1 akan kehendaknya utk mencipta makhluk lain (iaitu penciptaan nabi adam)telah berkata..

"wahai tuhan kami, Mengapa engkau menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,beribadah dan mengagungkan namamu tanpa henti,sedangkan makhluk lain yg  engkau ciptakan dan turun ke bumi itu, nescaya akan bertengkar sesama sendiri, akan saling bunuh membunuh, berebut menguasai kekayaan alam yg terlihat diatasnya dan terpendam didalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yg engkau ciptakan itu"
  
lalu qjj1 berfirman:
"sesungguhnya aku mengetahui apa yg kamu tidak ketahui dan aku sendiri menyedari hikmah penguasaan Bani Adam atas bumi-ku. Bila aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu dihadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerna qjj1 melarang hamba-nya beribadah ketika sesama makhluknya"

 setelah penciptaan Adam sujudlah semua para malaikat sebagai sujud penghormatan kepada Adam kecuali IBLIS yg enggan..
AL Hijir 32-35
 "qjj1 bertanya: wahai Iblis!! Mengapa engkau tidak turut bersama mereka yg bersujud??

iblis menjawab:"aku tidak mahu sujud kepada manusia yg engkau jadikan dia dari tanah kering , dari tanah hitam yang busuk baunya...

qjj1 berfirman:  keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau terkutuk. dan sesungguhnya laknat sehingga hari pembalasan."

begitulah sekelumit dari kisah pertentangan di langit ..
sejarah manusia iaitu keturunan Bani Adam..
andainya kita mengetahui..
andailah kita memahami..
betapa mulianya manusia di sisi qjj1
dikurniakan akal yg sejengkal untuk menghuni bumi yang tak terkira kapasitinya..
pasti bumi kurniaan qjj1 ni aman sentosa..
seakan hidup disyurga dunia..
namun malangnya..
 iblis semakin berjaya menjajah bumi manusia ini..
lihat saja penghuninya kini..
semakin berdampingan dgn iblis..
ajaran iblis menjadi ikutan utama..
indah di pandangan mata..
malah  dipandang mulia..
sungguh kita mudah lupa..
bahawa Iblis  musuh yg utama..
sekadar renungan bersama..
ingatan utk diri ini juga..
yang tak terlepas dari cengakamn dosa..

tak kenal maka tak benci..huhu..

Saturday, 7 May 2011

coretan hati

rasa itu anugerah ALLAH..
walau jauh..tetap teguh..
walau sepi namun tetap kasih..
pergi mu meratib cinta ilahi..
berjuang jihad tuk meraih kasih rabbul izati..                                                                                                                                        bukan pada nama ataupun pandangan manusiawi..
tapi kerana indahnya ajaran islami..
yang menyelebungi diri.
penghias peribadi..
insyaallah..                                                                                                                                                                                                 semoga dirimu diberkati..
pergimu..
membuahkan rindu..
menjadikan diri bak kelakatu..
yang tertunggu-tunggu..
kapan waktu..
akan tiba saat itu..
semoga pengorbanan perasaan kala ini..
ya fatahh ..
tolang bukakan pintu kemudahan tuk kami..
menyusuri kehidupan..
yang abadi..
menyusuri ajaran islami..
dalam setiap gerak geri kehidupan ini..
aminn
semoga ALLAH kurniakan cinta untukku daripada insan yang mencintai ALLAH..
aminn