al -haya

al -haya
hiasan Muslimah

Monday, 2 May 2011

insan pelengkap keluarga..

segala yang ada di langit dan di bumi Milik ALLAH
Faris Hakim..


semoga menjadi anak yang soleh...
menjadi pejuang islam..
membesar di laman islam yang indah..
berakarkan dengan rasa bertuhan
dan 
dihiasi dengan akhlak dan iman..

mulianya seorang insan..

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. al- insan:2

(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).al-insan:3

lahirnya seorang insan ..
menceriakan hati si ibu ..
terubat segala lelah..
mengembirakan hati si ayah..
menjadi semangat tuk keluar mencari nafkah..
alangkah gembiranya hati bila memiliki cahaya mata..
kurnian ALLAh yang tiada tertanding nilainya..
harta dunia paling berharga,,
insyaallah mendoakan kebahagian kita...
 

suatu saat nanti..
bila tiba masanya..
sudah sampai serunya..
si ibu tidak lagi memperdulikan anaknya..
ayah yang tidak tahu lagi akan anak2 nya..
pabila kiamat menjelma..
berjalan lah insan di padang mashyar..
menunggu untuk di hisab..
berjumpa dengan penciptanya..
adakah menuju kebahagian abadi??
 apakah di penghujungnya nanti??
syurga atau neraka??
bahagai atau derita...
sudah pasti smua inginkan jannatul ma'wa 
iaitu syurga tempat kembali..
ataupun jannatu And..
iaitu syurga tempat tinggal kekal..

anak-anak yang lahir..
umpama kain putih yang bersih..
suci murni..
memberikan kebahagian buat si ayah dan ibu..
menceriakan rumah tangga..
pelengkap sebuah keluarga..
begitulah ungkapannya.




buat para ibu dan para ayah..
didiklah anakmu sebaiknya..
kasihi selayaknya..
manjai sewajarnya..
lahirkan zuriat-zuriat yang soleh solehah..
memperbanyakan umat nabi yang benar bertaqwa
dan melahirkan individu muslim yang dapat tarbiyah islam sedari kecil..
agar nur islam tetap bercahaya..
membuahkan berakah dalam kehidupan di dunia.
dan membuahkan kebahagian abadi di syurga..
agar semua insan yang lahir di dunia..
menjadi insan yang sebenar-benarnya manusia..


menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.


Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"
Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"

Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.



baitul muslim melahirkan insan yang soleh solehah..


tarbiyah islami ..
perlu dicari..
takkan datang bergolek sendiri..
melainkan dengan izin ilahi..
kerana tiada apa yang mustahil bila ALLAH mengkehendaki..
waallahu'alam..
sekadar perkongsian ilmu yang sedikit..
dan juga peringatan utk diri..
agar sentiasa dibawah naungan tarbiyah islami
^_______^

1 comment:

  1. bezz2, betuahnya insyirah ada insan sebegini... L**E U

    ReplyDelete