Bicara bergelut, berperang dalam diri,
sedangkan takhta puncak kuasa insan..
bersemayam di singgahsana sekeping HATI
ketahuiLah bahawa dalam setiap jasad ada seketul daging ..
yang apabila ia baik maka baik lah seluruh jasad..
tapi apabila ia jahat, maka rosaklah seluruh jasad..
iaitu HATI..
pergerakan tidak terbatas, sukar diselindungi..
jangkauan kehendaknya tidak berpenghujung..
bijaksana HATI penentu arah tuju kehidupan ini..
bijaksana hati penentu arah tuju kehidupan ini..
Hati..
anugerah ilahi yang amat bernilai tuk setiap insani..
kerana ia peneraju diri..
dalam membawa kebaikan diri..
malah juga membawa kehancuran pada akhi /ukhti
hidup adalah Realiti dalam Fantasi..
Fantasi membawa kepada usaha memajukan diri..
agar Fantasi menjadi Realiti..
begitulah juga ironinya dengan hati..
hati yang baik, ikhlas dan tawadhuk..
akan melahirkan insan yang ada syurga dihati..
manakala hati yang jahat, Takbur dan dengki
akan melahirkan insan yang akan dibenci..
bangunlah..
basahi wajahmu..
sinari Hatimu dengan keampunan
RENOVATE hati..
agar tidak buta hati..
malah tidak membuta tuli..
apabila memandang dengan hati..
segalanya insyaallah segalanya membawa ketenangan diri..
No comments:
Post a Comment