saat ini..
siswa siswa..
mula mengejar masa tuk ulangkaji bagi meraih CGPA yg di impi..
BERJAYA..bnyak takrifan berjaya mengikut individu itu sendiri.. tapi apa yg paling penting usaha yang tak pernah kenal erti jemu akan membuahkan hasil yang luar biasa.. Bukankah kita akan mendapat seperti apa yang kita usahakan..
kita akan mendapat setimpal dengan apa yang kita usahakan..
begitu juga lah dalam pergaulan..
jika kita inginkan orang menghormati kita, kita yang sepatutnya terlebih dahulu menghormati orang lain..
begitulah ironinya kehidupan..
kata orang, layanan orang terhadap kita merupakan cermin kepada diri kita..
Namun ada juga yang sebaliknya..
ada orang yang baik sekali di balas dengan kejahatan..
di timpakan dengan pelbagai masalah..
di himpit dengan dugaan..
di beri dengan pelbagai kesukaran..
ini kerana ALLAH ingin menguji hambanya tersebut..
Ujian merupakan tarbiyah daripada ALLAH yang menunjukkan kasih sayang ALLAH kepada hambanya..
Cuba bayangkan sekiranya kita langsung tidak di uji..
kita mudah lupa diri..
sifat Lagha menguasai diri..
nafsu tidak lagi ditunggangi..
Sebaliknya hanya di turuti..
pasti
sebab ajarannya di ikuti...
maka bertambahlah pengikutnya di neraka nanti..
bukan mengata..tapi utk ingatan diri ini juga..
Oleh itu, mari bersama..menetapkan azam, meningkatkan semangat..agar diri sentiasa berada dalam kecemerlangan yang luar biasaa..
kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal..
tapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
Kejayaan bukan sesuatu destinasi..
ia adalah sesuatu perjalanan..
semakin jauh kita berjalan..
semakin bagus kita akan mendapat manfaatnya..
ianya tak berpenghujung..
salam imtihan..
tiada sesuatu urusan itu mudah..
melainkan ALLAH menjadikannya mudah..
dan ALLAH menjadikan kesukaran itu mudah..
pabila ia mengkehendakinya...
No comments:
Post a Comment